Khamis, 7 Januari 2010

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA MASYARAKAT CINA




Majlis Makan Malam bersama masyarakat cina bagi menyambut hari sayur. majlis yang diadakan pada 01hb Januari 2010 di Semeling.

Rabu, 6 Januari 2010

MAJLIS SAMBUTAN DETIK TAHUN BARU 2010






Selesai program di Permatang Samak dato' ketua bahagian meneruskan agenda ke Majlis Sambutan detik Tahun Baru 2010 yang diadakan di Pantai Sri Tanjung, Tanjung Dawai.
Pada Majlis tersebut pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan. Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Belia Samudera Biru, Tanjung Dawai. Acara kemuncak pada malam tersebut ialah tembakan bunga api bagi menyambut kedatangan tahun Baru 2010

Isnin, 4 Januari 2010

MAJLIS BERSAMA RAKYAT DI PERMATANG SAMAK, SEMELING






Program bersama rakyat pada malam Tahun Baru bertempat di Permatang Samak, bermula jam 9.00 mlm. Pelbagai Aktiviti yang di adakan termasuklah beramah mesra bersama rakyat, Kempen daftar pengundi baru dan memasak bersama penduduk setempat.

Sabtu, 19 Disember 2009

Senamrobik



Program senamrobik anjuran Pusat Penjagaan Warga Tua Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sungai petani , Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Muda yang julung kalinya dianjurkan nampaknya mendapat sambutan yang baik dari masyarakat.

Sesungguhnya program seperti ini boleh dijadikan sebagai acara bulanan bagi membolehkan aktiviti riadah di kalangan warga emas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang. Ia juga menjadi medan untuk bertemu rakan-rakan untuk mengeratkan lagi silatulrahim diantara satu sama lain.

Di kalangan warga emas aktiviti riadah seperti ini akan menjadikan badan lebih sihat dan cergas dan mengamalkan senaman yang betul akan juga dapat menghindari badan daripada pelbagai penyakit yang statistiknya menunjukkan peningkatan yang semakin ketara saban waktu.

Selain itu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sesuai juga perlu diberi keutamaan untuk kesejahteraan diri sendiri. Badan Sihat Jiwa Sihat Minda Cerdas.

Rabu, 16 Disember 2009

Majlis Berkhatan Beramai-ramai di Bukit Selambau , PPR 2 Paya Nahu & Taman Wira Sungai Petani.
















Sempena cuti panjang persekolahan penghujung tahun 2009 , kesempatan ini telah diambil oleh pihak Jawatankuasa UMNO Bahagian Merbok untuk menganjurkan program berkhatan beramai-ramai. Dengan penganjurannya UMNO Bahagian telah dapat membantu meringankan sedikit bebanan kewangan ibu bapa untuk mengkhatankan anak-anak yang mana kosnya dilihat semakin meningkat sekarang ini.

Adalah menjadi harapan agar program seperti dapat diperluaskan lagi pada masa akan datang dengan penglibatan yang lebih ramai kanak-kanak di seluruh Parlimen Merbok. Sambutan dari masyarakat juga sangat menggalakkan.

Pihak jawatankuasa penganjur juga berharap akan dapat memperbaiki beberapa kelemahan dalam penganjuran ini untuk masa-masa yang akan datang.

Terimakasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan program ini antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sungai Petani, Klinik Dr Azhar , Zaharah Eyecare Lagenda Height , Alim Harmoni , En Tarmizi dan lain-lain lagi.



Selasa, 24 November 2009

PROGRAM TURBA TELAH DIADAKAN PADA 22HB NOVEMBER 2009 DI SUNGAI PIAL, KAMPUNG HUMA, TANJUNG DAWAI.










Program yang melibatkan semua agensi kerajaan dan kepimpinan masyarakat secara bersepadu dan menyeluruh. Aktivit serta program yang dijalankan merupakan aktiviti ziarah atau kunjungan rumah ke rumah yang boleh mencapai hasrat gagasan " SATU MALAYSIA" iaitu "RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

Objektif Program TURBA (TURUN KE BAWAH)

1. Menjalin Kerjasama yang erat dikalangan agensi-agensi kerajaan dan kepimpinan
masyarakatdalam memberi perkhidmatan dan informasi kepada masyarakat kampung.
2. Menyelesaikan sedaya mungkin permasalahan yang dihadapi oleh Rakyat di akar umbi.

3. Mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat diperingkat akar umbi serta
mengetahui permasalahan dan isu-isu timbul.

4. Salah satu platform untuk jabatan menghebahkan dan menyampaikan dasar-dasar dan hasrat
pihak kerajaan yang terkini kepada masyarakat.
5. Memberi peluang dan pengalaman kepada Agensi Kerajaan dan kepimpinan masyrakat khususnya kepimpinana JKKKP untuk mendekati dengan lebih bermakna segala permasaalahan.

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA PENDUDUK TAMAN LAGENDA HEIGHT









Majlis Gotong royong bersama penduduk Taman Lagenda Height telah diadakan pada 22hb November 2009. Program yang diadakan seawal 8.30 pagi melibatkan pelbagai kaum dan agensi yang turut serta.