Isnin, 31 Mei 2010

Musim Cuti Sekolah Dan Musim kenduri Kahwin Datang Lagi

Musim kenduri kahwin sempena cuti sekolah bermula awal Mei ini datang datang lagi. banyak sekali kad jemputan yang sampai. Terima kasih atas kesudian menjemput saya. insya Allah jika tidak ada aral melintang saya akan memenuhi undangan yang diterima. tahniah kepada rakan-rakan yang bakal dan yang baru menerima menantu. Di doakan semoga majlis saudara-saudari akan berjalan dengan lancar dan meriah.
bagi yang baru mendirikan rumah tangga selamat menempuh alam perkahwinan , semoga akan berbahagian hingga ke akhir hayat.

Khamis, 27 Mei 2010

Persidangan UMNO Cawangan.

Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan di Bahagian Merbok telah berjalan dengan lancar dan baik sekali. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi Tahniah dan Terima Kasih kepada semua Ketua- ketua cawangan-cawangan yang telah bersidang dan semua sayap wanita, pemuda dan puteri yang telah menyelesaikan tanggungjawab masing-masing dengan baik sekali di peringkat cawangan.

SALAM PERJUANGAN DARI SAYA.

Selasa, 11 Mei 2010

Persidangan UMNO Cawangan

Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO dalam Bahagian Merbok telah berjalan dengan lancar dan sempurna tanpa mengalami masalah. Adalah diharapkan ketua-ketua cawangan dapat menguruskan persidangan cawangan dengan lancar dan sempurna disamping membincangkan isu-isu yang mungkin berbangkit dengan penuh kematangan dan berhemah seiring dengan sambutan ulangtahun UMNO yang ke 64. Selamat Bersidang dan Salam Perjuangan dari saya. Terima Kasih.

Sabtu, 8 Mei 2010

Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Merbok

Perasmian serentak kesemua UMNO Cawangan dalam Bahagian Merbok Yang akan bersidang mulai hari ini 8 Mei 2010 sehingga selesai telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' Seri Di Raja Mahadir Khalid di Dewan Komplek Kebajikan Masyarakat, Kuala Muda. Semua peminpin cawangan Umno dari semua sayap wanita , pemuda dan puteri hadir mendapatkan taklimat yang melibatkan beberapa perubahan yang melibatkan perubahan setelah pindaan perlembagaan parti dilakukan . Beberapa cawangan akan mengadakan persidangannya bermula hari ini.  

Khamis, 29 April 2010

Meninjau Permasalahan Komuniti India

Melawat Mangsa Ribut Di Sungai Layar

Sekitar Kempen PRK Hulu Selangor

Jumaat, 23 April 2010

Kempen BN Di Hulu Selangor

Hari ini 22 April 2010 bersama-sama jentera BN di Peti Undi Jalan Kuala Kali , Hulu Selangor menemui pengundi dari berbagai kaum. Kempen BN berjalan dengan lancar

Ahad, 18 April 2010

Perasmian Pejabat Barisan Nasional Kedah

BN MENANG KEDAH SENANG

Menyampaikan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Di Pekan Bedong

10 April 2010
Sederet rumah kedai mumah kedai musnah akibat kebakaran pada malam 11 April 2010 yang lalu.
Saya sempat meninjau serta menemui mangsa yang terbabit dan menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan bebanan yang mereka tanggung. pihak jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menguruskan bantuan-bantuan segera yang layak bagi mangsa terbabit

Saya meminta seluruh semua peniaga di sini dapat bersabar sementara urusan yang berkaitan diselesaikan dan apa-apa bantuan lain dapat diuruskan dan membolehkan mereka kembali meneruskan perniagaan seperti biasa.