Ahad, 28 Februari 2010

Perasmian Serentak 4 Gelanggang Futsal Parlimen Merbok

             YB Menteri Belia Dan Sukan YB Dato' Shabery Chik telah merasmikan serentak 4 gelanggang futsal ( gelanggang serbaguna ) sekitar Parlimen Merbok. majlis telah berlangsung di gelanggang futsal Kg Pokok Machang , Bukit Selambau. Turut hadir ialah AMT UMNO Malaysia Datuk Karmila Ibrahim yang sebelum itu telah mengadakan lawatan dan mendengar taklimat di pejabat UMNO Bahagian Merbok. 

            4 Gelanggang futfal yang telah siap di bina dan telah dapat digunakan ialah Gelanggang di Kg Pokok Machang, Taman Ria , Sungai Pial dan Kg Bendang Dalam. Dengan terbinanya gelanggang ini golongan belia tempatan akan dapat menggunakannya sebaik mungkin kearah pembangunan sukan tempatan dan menjadi tempat golongan belia melaksanakan pelbagai aktiviti sukan lain yang berfaedah antaranya bola jaring , bola keranjang dan lain-lain aktiviti yang sesuai.

Sabtu, 27 Februari 2010

Sambutan Maulidur Rasul 2010

Sambutan Maulidur Rasul peringkat  Parlimen Merbok telah diadakan di Surau Pekan Sebelah , Kg Bujang pada 27 Feb 2010 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Acara bermula dengan perarakan dari hadapan pintu masuk MRSM Merbok ke Surau Kampung Pekan Sebelah .

Turut mengambil bahagian dalam perarakan ini ialah pelajar MRSM penduduk tempatan dari kawasan sekitar. Antara pengisian acara yang lain ialah ceramah agama , pertandingan nasyid, berzanji, berdah dan marhaban.

Pihak Jawatankuasa penganjur surau pekan sebelah juga mengadakan kenduri kampung secara bergotong royong. Majlis perasmian disempurnakan oleh Penyelaras Parlimen Merbok. Dato' Hj Tajul Urus bin Hj Mat Zain. Program adalah anjuran bersama Biro Agama UMNO Merbok .

Majlis Perasmian Mesyuarat Persatuan Nelayan Tg Dawai

Majlis Berlangsung Di Sekolah Kebangsaan Tanjong Dawai.Mesyuarat Persatuan telah berjalan dengan sempurna dan kehadiran ahli-ahli persatuan yang memberangsangkan. bagi pihak kerajaan telah membantu dengan menyampaikan elaun sara hidup sebanyak Rm 200 sebulan untuk meringankan tanggungan golongan ini.
Melalui persatuan ini diharapkan ianya dapat digerakkan untuk membantu golongan nelayan khususnya ahli-ahli ketahap yang lebih baik, dengan pihak kerajaan sentiasa membantu dengan pelbagai kaedah dan cara untuk meningkatkan pendapatan mereka, yang selebihnya perlulah  berusaha .

Meninjau Pembinaan Masjid Sg Pial dan Permasalahan Penduduk Beberapa Kampung Tg Dawai

Jumaat, 26 Februari 2010