Ahad, 28 Februari 2010

Perasmian Serentak 4 Gelanggang Futsal Parlimen Merbok

             YB Menteri Belia Dan Sukan YB Dato' Shabery Chik telah merasmikan serentak 4 gelanggang futsal ( gelanggang serbaguna ) sekitar Parlimen Merbok. majlis telah berlangsung di gelanggang futsal Kg Pokok Machang , Bukit Selambau. Turut hadir ialah AMT UMNO Malaysia Datuk Karmila Ibrahim yang sebelum itu telah mengadakan lawatan dan mendengar taklimat di pejabat UMNO Bahagian Merbok. 

            4 Gelanggang futfal yang telah siap di bina dan telah dapat digunakan ialah Gelanggang di Kg Pokok Machang, Taman Ria , Sungai Pial dan Kg Bendang Dalam. Dengan terbinanya gelanggang ini golongan belia tempatan akan dapat menggunakannya sebaik mungkin kearah pembangunan sukan tempatan dan menjadi tempat golongan belia melaksanakan pelbagai aktiviti sukan lain yang berfaedah antaranya bola jaring , bola keranjang dan lain-lain aktiviti yang sesuai.

Tiada ulasan: