Selasa, 30 Mac 2010

Lawatan Kerja Menteri Kewangan II Yb Dato' Seri Husni Hanazlah

                Menteri Kewangan II, YB Dato' Seri Husni Hanazlah telah mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Merbok pada 26 dan 27 Mac 2010 yang lalu. beberapa program telah di atur sepanjang lawatan beliau sepanjang dua hari ini. Antara laian ialah gotong royong membaiki rumah di Taman Ria , perjumpaan dengan masyarakat Cina di Sungai Lalang serta meninjau kawasan perniagaan pasar pagi di sekitar Taman Ria.
               Pada sebelah malamnya YB telah mengadakan perjumpaan tertutup bersama seluruh jawatankuasa UMNO Bahagian Merbok yang meliputi bahagian, wanita, pemuda dan puteri.

Selasa, 9 Mac 2010

Layar Bestari Di Taman Ria Jaya Dan Pengkalan Bujang

Layar Bestari atau dalam istilah lama ialah wayang pacak yang mengimbau kenangan lampau di zama era 70an namun kini didatangkan dengan penampilan baru melalui audio sistem yang canggih dan terbaik. Ia dapat memberi kesempatan seisi keluarga menonton sambil bersantai.

Filem yang ditayangkan begitu dekat dengan jiwa remaja ADNAN SEMPIT.  Selain berhibur bersama keluarga mesej yang dibawa melalui tayangan juga mampu membawa anak anak muda menyelami isu sosial semasa.

Era 70an wayang pacak adalah media berkesan bagi menyampaikan info khususnya kepada masyarakat desa. Tayangan telah diadakan di padang Taman Ria Jaya dan Padang Pengkalan Bujang,Merbok, pada 5 dan 6 Mac 2010 yang lalu. Sambutan daripada penduduk sekitar juga sangat menggalakkan.

Perasmian Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Kuala Muda

Ahad, 7 Mac 2010

Menyampaikan Sumbangan Khemah Untuk Peniaga Cina Pasar Pagi Di Taman Ria Jaya

Penyampaian bantuan khemah untuk perniagaan telah disampaikan kepada peniaga cina di kawasan pasar pagi Taman Ria Jaya. Semoga dengan bantuan ini dapat memberikan lebih keselesaan kepada mereka untuk menjalankan aktiviti perniagaan di sekitar kawasan ini. hadir sama ialah Ketua MCA Merbok .

Sabtu, 6 Mac 2010

Program Bersama Dato' Mukhriz Di Merbok Pada 5 Mac 2010


Pada 9.00 pagi Program Prihati Rakyat, YB Dato' Mukhriz bersama puteri UMNO di SP Plaza Sungai Petani , jam 4.30 petang bergotong royong bersama penduduk di Sungai lalang seterusnya menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin di Kg Siam, Bedong Kedah. Turut bersama dalam majlis ini adalah Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Merbok 

Selasa, 2 Mac 2010

Sambutan Chap Go Meh


Sekitar sambutan perayaan Chap Go Meh di Pekan Semeling yang anjurkan oleh MCA Merbok dan turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin parti komponen BN Merbok. Antara acara yang berlangsung ialah persembahan kebudayaan dan penyampaiaan sumbangan. Majlis telah berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dengan konsep 1 Malaysia.

Penyampaian Elaun Kepada Pengerusi & Setiausaha JKKKP Parlimen Merbok


Majlis Penyampaian Elaun kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKKP bagi seluruh parlimen Merbok telah di adakan di Hotel Swiss Inn 1 Mac 2010 jam 2.30 petang. Hadir sama pada majlis ini ialah Pegawai Pembangunan Daerah ( ICU ) , Dato’ Othman Aziz Pegawai Khas kepada Dato’ Seri Shafie Afdal . Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Ybhg Dato’ Hj Tajul Urus bin Hj Mat Zain Penyelaras Parlimen Merbok.


JKKKP sebagai penghubung antara rakyat dan ICU di Jabatan Perdana Menteri telah diminta memainkan peranan penting sebagai agen perantaraan ini. Fungsi dan peranan JKKKP juga menjadi lebih mencabar dalam situasi kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang dimana struktur pentadbirannya yang turut berubah. Selain JKKKP dibawah kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang juga berubah tidak seperti ketika kerajaan negeri di tadbir oleh BN.

Justeri itu peranan JKKKP akan diperkemaskan supaya dapat memainkan peranan secara lebih berkesan kepada rakyat. Untuk itu JKKKP akan diberikan taklimat dan kursus dari masa ke semasa untuk membolehkan Pusat Khidmat JKKKP dapat diwujudkan disetiap kawasan yang dinaungi oleh JKKKP.