Sabtu, 19 Disember 2009

Senamrobik



Program senamrobik anjuran Pusat Penjagaan Warga Tua Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sungai petani , Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Muda yang julung kalinya dianjurkan nampaknya mendapat sambutan yang baik dari masyarakat.

Sesungguhnya program seperti ini boleh dijadikan sebagai acara bulanan bagi membolehkan aktiviti riadah di kalangan warga emas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang. Ia juga menjadi medan untuk bertemu rakan-rakan untuk mengeratkan lagi silatulrahim diantara satu sama lain.

Di kalangan warga emas aktiviti riadah seperti ini akan menjadikan badan lebih sihat dan cergas dan mengamalkan senaman yang betul akan juga dapat menghindari badan daripada pelbagai penyakit yang statistiknya menunjukkan peningkatan yang semakin ketara saban waktu.

Selain itu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sesuai juga perlu diberi keutamaan untuk kesejahteraan diri sendiri. Badan Sihat Jiwa Sihat Minda Cerdas.

Rabu, 16 Disember 2009

Majlis Berkhatan Beramai-ramai di Bukit Selambau , PPR 2 Paya Nahu & Taman Wira Sungai Petani.
















Sempena cuti panjang persekolahan penghujung tahun 2009 , kesempatan ini telah diambil oleh pihak Jawatankuasa UMNO Bahagian Merbok untuk menganjurkan program berkhatan beramai-ramai. Dengan penganjurannya UMNO Bahagian telah dapat membantu meringankan sedikit bebanan kewangan ibu bapa untuk mengkhatankan anak-anak yang mana kosnya dilihat semakin meningkat sekarang ini.

Adalah menjadi harapan agar program seperti dapat diperluaskan lagi pada masa akan datang dengan penglibatan yang lebih ramai kanak-kanak di seluruh Parlimen Merbok. Sambutan dari masyarakat juga sangat menggalakkan.

Pihak jawatankuasa penganjur juga berharap akan dapat memperbaiki beberapa kelemahan dalam penganjuran ini untuk masa-masa yang akan datang.

Terimakasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan program ini antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sungai Petani, Klinik Dr Azhar , Zaharah Eyecare Lagenda Height , Alim Harmoni , En Tarmizi dan lain-lain lagi.