Khamis, 29 April 2010

Meninjau Permasalahan Komuniti India

Melawat Mangsa Ribut Di Sungai Layar

Sekitar Kempen PRK Hulu Selangor

Jumaat, 23 April 2010

Kempen BN Di Hulu Selangor

Hari ini 22 April 2010 bersama-sama jentera BN di Peti Undi Jalan Kuala Kali , Hulu Selangor menemui pengundi dari berbagai kaum. Kempen BN berjalan dengan lancar

Ahad, 18 April 2010

Perasmian Pejabat Barisan Nasional Kedah

BN MENANG KEDAH SENANG

Menyampaikan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Di Pekan Bedong

10 April 2010
Sederet rumah kedai mumah kedai musnah akibat kebakaran pada malam 11 April 2010 yang lalu.
Saya sempat meninjau serta menemui mangsa yang terbabit dan menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan bebanan yang mereka tanggung. pihak jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menguruskan bantuan-bantuan segera yang layak bagi mangsa terbabit

Saya meminta seluruh semua peniaga di sini dapat bersabar sementara urusan yang berkaitan diselesaikan dan apa-apa bantuan lain dapat diuruskan dan membolehkan mereka kembali meneruskan perniagaan seperti biasa.

Gotong Royong Di Taman Ria, Sungai Petani

10 April 2010
Gotong royong bersama penduduk di Lorong 56, Taman Ria Sungai Petani, Ramai penduduk hadir dan kerja berbersih longkang serta tempat-tempat pembiakan edes dapat dibersihkan. selain dapat berpeluang beramah mesra bersama penduduk.

Insya Allah lain kali dapat kita bergotong royong lagi , untuk tempat lain pula.

Urusan Mendaftar Pemilih Baru Di Perumahan Rakyat PPR 2 Paya Nahu.

10 April 2010

Sabtu, 17 April 2010

Bercuti

Minggu ini saya bercuti dan tidak mempunyai apa-apa program di Parlimen Merbok. Namun tugas atau program yang berkaitan dengan masyarakat tetap berjalan seperti biasa yang diuruskan oleh Pejabat UMNO Bahagian / Pejabat Penyelaras Parlimen Merbok. Sdr Ramli Karim atau Sdr Rosmaini pembantu peribadi saya boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang urusan sementara saya masih bercuti.

Terima kasih 

Khamis, 8 April 2010

Perasmian Cawangan YPEIM

4 April 2010 majlis perasmian Cawangan YPEIM di Lagenda Height telah disempernakan oleh YBHG Dato Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Penyampaian Wang Pampasan Socso Kepada Arumugam

3 April 2010 yang lalu Dato'Tajul Urus bin Hj Mat Zain bersama Pengurus Cawangan Socso , Pegawai Kebajikan Masyarakat , telah menyampaikan wang pampasan kepada En Arumugam yang tinggal di Taman Wira , Sg Petani. Beliau mengalami lumpuh sebelah kaki dan tangan selepas ditimpa tiang elektrik yang tumbang. Akibat kemalangan itu beliau tidak lagi mampu untuk bergerak seperti biasa dan hanya mampu berada di atas kerusi roda. Untuk menguruskan diri sendiri perlu dibantu oleh anak atau isterinya serti membersihkan diri atau untuk ke tandas.

Selain menerima pampasan daripada socso beliau juga menerima sumbangan sebuah kerusi roda untuk memudahkannya bergerak disamping hamper makanan. pihak jabatan kebajikan masyarakat juga telah beersetuju untuk memberi bantuan bulanan yang layak bagi meringankan bebanan Arumugam.

Hadir bersama di majlis ini ialah pemimpin MIC tempatan , Jawatankuasa Pemuda UMNO Merbok dan Pengerusi JKKKP Tasek Apong.

Rumah PPRT En Mat telah siap dan Mula diduduki.

Dato Tajul Urus bin Mat Zain telah mengunjungi En. Mat semasa penyerahan rumah baru yang diterima beliau di. Beliua mula menduduki rumah baru ini dan dapat memulakan kehidupan baru dengan kediaman yang lebih selesa untuk beliau sekeluarga.