Khamis, 8 April 2010

Penyampaian Wang Pampasan Socso Kepada Arumugam

3 April 2010 yang lalu Dato'Tajul Urus bin Hj Mat Zain bersama Pengurus Cawangan Socso , Pegawai Kebajikan Masyarakat , telah menyampaikan wang pampasan kepada En Arumugam yang tinggal di Taman Wira , Sg Petani. Beliau mengalami lumpuh sebelah kaki dan tangan selepas ditimpa tiang elektrik yang tumbang. Akibat kemalangan itu beliau tidak lagi mampu untuk bergerak seperti biasa dan hanya mampu berada di atas kerusi roda. Untuk menguruskan diri sendiri perlu dibantu oleh anak atau isterinya serti membersihkan diri atau untuk ke tandas.

Selain menerima pampasan daripada socso beliau juga menerima sumbangan sebuah kerusi roda untuk memudahkannya bergerak disamping hamper makanan. pihak jabatan kebajikan masyarakat juga telah beersetuju untuk memberi bantuan bulanan yang layak bagi meringankan bebanan Arumugam.

Hadir bersama di majlis ini ialah pemimpin MIC tempatan , Jawatankuasa Pemuda UMNO Merbok dan Pengerusi JKKKP Tasek Apong.

Tiada ulasan: