Sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Merbok telah diadakan di Surau Pekan Sebelah , Kg Bujang pada 27 Feb 2010 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Acara bermula dengan perarakan dari hadapan pintu masuk MRSM Merbok ke Surau Kampung Pekan Sebelah .
Turut mengambil bahagian dalam perarakan ini ialah pelajar MRSM penduduk tempatan dari kawasan sekitar. Antara pengisian acara yang lain ialah ceramah agama , pertandingan nasyid, berzanji, berdah dan marhaban.
Pihak Jawatankuasa penganjur surau pekan sebelah juga mengadakan kenduri kampung secara bergotong royong. Majlis perasmian disempurnakan oleh Penyelaras Parlimen Merbok. Dato' Hj Tajul Urus bin Hj Mat Zain. Program adalah anjuran bersama Biro Agama UMNO Merbok .
Sabtu, 27 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan