Selasa, 24 November 2009

PROGRAM TURBA TELAH DIADAKAN PADA 22HB NOVEMBER 2009 DI SUNGAI PIAL, KAMPUNG HUMA, TANJUNG DAWAI.










Program yang melibatkan semua agensi kerajaan dan kepimpinan masyarakat secara bersepadu dan menyeluruh. Aktivit serta program yang dijalankan merupakan aktiviti ziarah atau kunjungan rumah ke rumah yang boleh mencapai hasrat gagasan " SATU MALAYSIA" iaitu "RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".

Objektif Program TURBA (TURUN KE BAWAH)

1. Menjalin Kerjasama yang erat dikalangan agensi-agensi kerajaan dan kepimpinan
masyarakatdalam memberi perkhidmatan dan informasi kepada masyarakat kampung.
2. Menyelesaikan sedaya mungkin permasalahan yang dihadapi oleh Rakyat di akar umbi.

3. Mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat diperingkat akar umbi serta
mengetahui permasalahan dan isu-isu timbul.

4. Salah satu platform untuk jabatan menghebahkan dan menyampaikan dasar-dasar dan hasrat
pihak kerajaan yang terkini kepada masyarakat.
5. Memberi peluang dan pengalaman kepada Agensi Kerajaan dan kepimpinan masyrakat khususnya kepimpinana JKKKP untuk mendekati dengan lebih bermakna segala permasaalahan.

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA PENDUDUK TAMAN LAGENDA HEIGHT









Majlis Gotong royong bersama penduduk Taman Lagenda Height telah diadakan pada 22hb November 2009. Program yang diadakan seawal 8.30 pagi melibatkan pelbagai kaum dan agensi yang turut serta.

SEMINAR 1 MALAYSIA OLEH YBHG. DATO' HAJI SHAHLAN BIN ISMAIL












Seminar 1 Malaysia telah diadakan di Kompleks Penyayang Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 21Hb November 2009 pada jam 3.00petang. Pada Majlis tersebut Dato' Haji Shahlan telah di jemput untuk memberi ucap utama.

PERASMIAN PERTANDINGAN TAEKWONDO ANTARA KELAB-KELAB JEMPUTAN KUALA MUDA KALI -1








Dato Ketua Bahagian Merasmikan Kejohanan Taekwondo Antara kelab-kelab jemputan Kuala Muda. Hampir seluruh Negeri menghantar para atlit untuk kejohanan kali pertama ini. Kejohanan Berlangsung dengan jayanya yang diadakan diKompleks Sukan Modenas.


LAWATAN KE PEKAN MERBOK BERSAMA MASYARAKAT MERBOK PADA







Dato' Ketua Bahagian turun ke Pekan Merbok melihat sendiri permasalahan masyarakat setempat berhubung masalah air yang kotor dan tercemar.Dato' Ketua Bahagian Mengadakan lawatan ke Loji dan kediaman serta premis perniagaan untuk melihat sendiri akan masalah tersebut.

MAJLIS PENYAMPAIAN HAMPER KEPADA GOLONGAN MISKIN MASYARAKAT INDIA PADA 20HB NOVEMBER 2009










Majlis sumbangan hamper keperluan harian kepada masyarakat india. Sumbangan diberikan kepada golongan-golongan miskin di kawasan Parlimen Merbok.

PROGRAM BERKHATAN PERDANA TANJUNG DAWAI, PARLIMEN MERBOK













Majlis Berkhatan Perdana Tanjung Dawai, Parlimen Merbok diadakan pada 19HB November bertempat di Sek. Keb. Haji Omar Taib, Pengkalan Bujang. Majlis yang diadakan seawal pagi mendapat sambutan yang mengalakkan. Majlis Berkhatan merupakan satu majlis yang dapat menghimpunkan para pemimpin dan rakyat untuk bersatu dalam meraikan kanak-kanak tersebut.

MAJLIS GRADUANSI KANAK-KANAK KEMAS PARLIMEN MERBOK PADA 18HB- 19HB NOVEMBER 2009












Majlis Graduansi kanak-kanak Tabika Kemas berlangsung selama 2 hari bertempat di ruang legar Village Mall.

MAJLIS PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA JEMAAH HAJI PADA 11HB NOVEMBER 2009











Majlis pemberian sumbangan kepada jemaah haji dalam Parlimen Merbok. Seramai 250 jemaah haji yang diberikan sumbangan dari dato' Ketua Bahagian. Majlis yang diadakan di Masjid Merbok pada Jam 2.00petang dan 5.00 petang di Masjid Sungai Lalang.

PROGRAM PENYAMPAIAN ELAUN SARA HIDUP KEPADA NELAYAN DI TANJUNG DAWAI PADA 10HB NOVEMBER 2009









Majlis Penyampaian Elaun Sara hidup kepada Nelayan di Tanjung Dawai. Majlis disempurnakan oleh Dato' Ketua Bahagian sebagai Pengerusi MPPP Parlimen Merbok. Setiap penerima elaun sara hidup diberikan secara tunai kepada yang layak dan yang telah berdaftar dengan LKIM.