Rabu, 30 September 2009

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM"RIDE FOR FUN & RUN FOR FUN" LEMBAH BUJANG 2009, MERBOK.
















Kejohanan Ride for fun & run for fun Lembah bujang, Merbok merupakan kejohanan yang melibatkan semua peringkat termasuk peserta dari Merbok, peserta dari seluruh Malaysia dan peserta dari Negara Luar. Kejohanan ini mendapat penyertaan dan sambutan yang amat baik. selain dari bersukan kejohanan ini juga dapat memperkenalkan Kawasan merbok yang kaya dengan Alam semulajadi yang masih segar serta keindahan, kehijauan kawasan dalam Merbok. kejohanan ini akan dijadikan kejohanan tahunan dalam kalender Merbok. Kejohanan ini diadakan pada 26hb September 2009 yang dilepaskan dan disempurnakan majlis penyampaian oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok seawal 7.00 pagi.

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERTANDINGAN BOLASEPAK BAWAH 12 TAHUN










Pertandingan bolasepak bawah 12 tahun anjuran bersama Pemuda telah berlangsung dengan jayanya. Pertandingan diadakan pada 23hb September 2009. Pada Majlis tersebut Dato' ketua Bahagian telah merasmikan pertandingan dan seterusnya menyampaikan hadiah dengan diiringi oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok dan keta Penerangan UMNO Bahagian Merbok.

LAWATAN DATO' KETUA BAHAGIAN MENDEKATI RAKYAT














































Dalam kesibukan Dato Ketua Bahagian dalam menjalankan tugas. Dato' Ketua Bahagian sentiasa meluangkan masa untuk menziarahi warga emas, fakir miskin dan orang kurang upaya dan sakit. dato Ketua Bahagian amat prihatian terhadap masalah rakyat terutama golongan kurang upaya di akar umbi. Dengan pendekatan yang di buat oleh Dato' Ketua Bahagian dapat memberi ruang kepada Dato Ketua beramah Mesra dengan masyarakat setempat serta mendengar rintihan dan keperluan masyarakat.









MAJLIS PENYERAHAN DAGING KEPADA SEMUA KETUA ZON UNTUK DIAGIHKAN KETUA-KETUA CAWANGAN







Majlis yang berlangsung di Dewan UMNO Taman Peruda. daging-daging tersebut diserahkan kepada ketua-ketua Penyelaras Zon untuk di agihkan kepada Ketua-Ketua cawangan. majlis Berlangsung pada hari sabtu 19hb September 2009 jam 3.00 petang.

DATO' KETUA BAHAGIAN MENGUNJUNGI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DI SEKITAR PARLIMEN MERBOK























Dato' ketua Bahagian mengunjungi rumah terbuka yang dijemput semperna bulan Syawal. Bermula 4 syawal sehingga 8 Syawal

MAJLIS PENYERAHAN WANG ZAKAT DI PEKAN BUKIT SELAMBAU PADA 19HB SEPTEMBER 2009













Majlis sumbangan Zakat, Kuih raya, kain batik dan Kain Pelikat yang diadakan di Bukit Selambau oleh Dato' Ketua Bahagian Merbok.

Jumaat, 18 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID MERBOK PADA 18HB SEPTEMBER 2009





Majlis berbuka puasa pada 18hb September 2009 diadakan di Masjid Pekan Merbok. Pada Majlis tersebut Dato' Ketua Bahagian menyampaikan sumbangan kepada Wakil-wakil Ketua cawangan bagi Zon Merbok dan Zon Bujang. Pada majlis tersebut juga dato Ketua Bahagian menyampaikan zakat kepada penduduk sekitar.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PESAKIT DAN KAKITANGAN HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM









Majlis pada 18hb September 2009 jam 3.00 petang kunjungan Dato' Ketua Bahagian ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Pada majlis tersebut sebanyak 200 bungkusan kuih raya di serahkan kepada peaskit dan 200 bungkus kuih raya sumbangan peribadi Dato' Ketua Bahagian diserahkan kepada kakitangan hospital tersebut.